Carian
Xiaomi Mi 11X Mungkin Sekadar Redmi K40 Yang Dijenamakan Semula
April 16, 2021 Amy Maizuraa

Xiaomi telah menjadualkan sebuah acara pelancaran beberapa produk baharu untuk pasaran India yang dijadualkan berlangsung pada 23 April hadapan. Ini termasulah – siri Xiaomi Mi 11X, Xiaomi Mi 11 Ultra, Xiaomi Mi QLED TV 75 dan beberapa lagi produk lain mungkin tidak diketahui buat masa ini.

Pelbagai pihak mula mempersoalkan adakah siri Xiaomi Mi 11X ini merupakan penawaran siri baharu atau sekadar Redmi K40 dijenamakan semula? Kini, persoalan tersebut seakan ‘hampir’ terjawab apabila pihak Xiaomi berkongsi rekaan peranti tersebut dalam beberapa imej sebenar.

Jelas kelihatan, rekaannya mirip seperti Redmi K40. Malah, panel belakangnya turut memperlihatkan penjenamaan Xiaomi bersama perkataan ’48MP AI Triple Camera’ pada modul kameranya. Bukankah ia secara tidak langsung menguatkan lagi dakwaan berkenaan? Tetapi, seperti biasa penawaran lebih lanjut bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.

Tetapi jika ianya benar, peranti ini kelak akan dilengkapi skrin 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga akan dipadankan dengan memori LPDDR5, storan berasaskan UFS 3.1, serta bateri 4520mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Komen