Cari @ Amanz

Pada 28 April ini, acara Galaxy Unpacked akan diadakan oleh Samsung. Ramai yang meramalkan tablet, komputer riba dan pengganti kepada Galaxy A80. Tetapi peranti lain yang kini disahkan akan dilancarkan iaitu Samsung Galaxy M42 5G.

Rekaan Galaxy M42 5G amat mirip dengan Galaxy M62 seperti panel belakang warna cerun dan kuad kamera utama. Perbezaan terletakan pada penggunaan cip Snapdragon 750G yang membawakan sokongan 5G berbanding Exynos 9825.

Spesifikasi lain tidak lagi didedahkan tetapi secara lazimnya siri Galaxy M dilengkapi bateri bersaiz besar yang mampu bertahan lama. Jawapan mengenainya akan pasti terjawab pada acara Unpacked kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd