Kereta Pertama Hyundai Diubahsuai Menjadi Elektrik Sempena Ulang Tahun Ke-45

Diterbitkan pada Apr 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hyundai akan menyambut ulang tahun mereka yang ke-45 tahun ini. Dalam masa kurang seabad, mereka telah berjaya mendominasi pasaran kereta keluarga di Amerika Syarikat dan hampir menjadi rakan membangunkan kereta elektrik pertama Apple. Sempena ulang tahun yang bermakna ini, mereka menghasilkan Hyundai Heritage Series Pony.

Hyundai Heritage Series Pony ialah sebuah Hyundai Pony yang diubah menjadi versi elektrik. Pony ialah kereta pertama Hyundai dan menjadikan mereka kuasa besar dalam dunia automotif sekarang. Adalah dipercayai sistem panduan elektrik IONIQ 5 dipindahkan ke dalam kenderaan ini. Lampu hadapan dan belakang dikemaskini ke versi LED yang lebih moden serta menjimatkan penggunaan tenaga.

Paling menarik alah papan pemuka kelajuan kenderaan diubah sepenuhnya kepada enam tiub Nixie yang amat retro. Tiga tiub memaparkan kelajuan sementara tiga lagi memaparkan tahap bateri kenderaan. Sistem transmisi digital, stereng dengan tombol kawalan pesanan suara, kemasan kabin lebih kontemporari dan tempat pengecas telefon pintar nirwayar.

Bagi yang berminat melihatnya sendiri di depan mata, kenderaan edisi khas ini dipamerkan di Hyundai Motorstudio Busan dari 8 April hingga 27 Jun 2021.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami