Fungsi Berkongsi Ke Banyak Peranti Nearby Share Diperlihatkan

Diterbitkan pada Apr 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nearby Share telah mula berkembang maju dan menawarkan apa yang Apple masih tidak tawarkan. Walaupun iPhone 11 mula mempunyai UWB dan boleh mencari iPhone dengan AirDrop aktif dengan pantas dan mudah, peranti Apple masih tidak boleh kongsi fail dari satu peranti ke banyak peranti. Bulan lepas, pihak XDA menemui yang Nearby Share kelak boleh melakukan perkara ini.

Sebelum ini hanya imej tangkapan layar sahaja diperlihatkan. Kini, pihak XDA berjaya mengaktifkan fungsi ini melalui Google Play Services versi 21.15.12. Benar, satu peranti boleh kongsi ke tiga peranti lain. Tetapi, setiap satu peranti lain itu perlu tekan terima satu demi satu dan ketiga-tiga peranti tidak boleh menerima secara serentak.

Selain itu, fungsi berkongsi ke semua orang berdekatan turut akan ditawarkan. Ini bermakna, sesiapa sahaja yang menggunakan peranti Android 6.0 ke atas dengan Google Play Services terkini dan Nearby Share aktif – semua boleh terima fail yang dikongsi daripada satu peranti. Untuk privasi, fungsi ini boleh diaktifkan secara sementara.

Tambahan XDA lagi, fungsi ini mungkin tidak terhad kepada Google Play Service 21.15.12 dan akan ditawarkan kepada semua melalui kemaskini dari bahagian pelayan. Ada kemungkinan besar ia akan diperkenalkan secara stabil semasa Android 12 stabil kelak, apa-apa pun sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami