Cari @ Amanz

Selain Facebook yang mengumumkan perancangan mereka memfokuskan audio, kini pihak Reddit turut memperlihatkan penawaran memfokuskan audio mereka, dinamakan sebagai Reddit Talk.

Seperti Clubhouse, melalui Reddit Talk, pengguna boleh menganjurkan sesuatu sesi perbualan, dan berkomunikasi bersama komuniti, mengambil soalan, dan membolehkan yang lain mendengar.

Buat masa ini, Reddit Talk masih belum ditawarkan secara umum, dan dijangka ditawarkan dalam bentuk ujian awal tidak lama lagi. Untuk permulaan, Reddit Talk ini mungkin mencuri minat ramai yang melakukan Q&A dan AMA pada platform berkenaan – dimana kini interaksi akan lebih menarik berbanding kebiasaan.

Bagi anda, apakah lagi platform yang dijangka akan mengintegrasikan ciri seumpama Clubhouse ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd