Cari @ Amanz

Aplikasi penstriman muzik nombor satu dunia ialah Spotify. Laman media sosial nombor satu dunia pula ialah Facebook. Apabila mereka bergabung seperti Gotenks hasilnya ialah Project Boombox. Mark Zuckerberg mengumumkan syarikat beliau dan Spotify akan bekerjasama bagi membolehkan muzik distrim terus dari dalam Facebook.

Dengan integrasi ini, pengguna Facebook tidak perlu keluar dari aplikasi untuk mestrim muzik atau podcast kegemaran. Ciri ini telahpun diuji oleh pengguna di Thailand dan Mexico terlebih dahulu. Anda tidak perlu menunggu lama kerana ciri ini akan diberikan kepada pengguna global seawal minggu ini. Untuk menggunakannya pengguna tidak semestinya melanggan kepada Spotify Premium.

Project Boombox ialah salah satu dari ciri baharu yang akan diperkenalkan oleh Facebook menerusi pengumuman hari ini yang memberikan tumpuan kepada audio sepenuhnya seperti Rooms dan Soundbites. Semua ini diumumkan bagi memberikan persaingan kepada Clubhouse yang muncul sebagai media sosial audio terhangat sepanjang pandemik setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd