Cari @ Amanz

Fitbit Luxe merupakan penjejak kesihatan terkini daripada Fitbit dan ia hadir dengan binaan premium yang sesuai dipakai oleh pelbagai lapisan umur, gaya dan latar belakang si pemakai.

Bagi yang berminat, Fitbit Luxe ditawarkan pada harga RM648 untuk seutas. Pada masa sama, mereka turut akan menawarkan Fitbit Luxe dalam edisi khas yang didatangkan dengan tali jam Gorjana pada harga RM928. Kedua-duanya boleh didapati bermula sekitar bulan Jun kelak.

Untuk spesifikasi, Fitbit Luxe dilengkapi skrin AMOLED bewarna dengan sokongan sesentuh dan binaan berasaskan kerangka keluli tahan karat. Ia juga menyokong sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan dan aktiviti tambahan – termasuk pemantauan tekanan, corak tidur, kadar degupan jantung, pengesanan suhu kulit, penjejakan kitaran haid dan lain-lain.

Tidak ketinggalan, ia juga dilengkapi sehingga 20 mod sukan berbeza yang turut menyokong pengesanan aktiviti secara automatik. Spesifikasi lain termasuklah kemampuan kalis air 5ATM, ketahanan bateri sehingga 5 hari, GPS terbina, dan banyak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd