Apple Dilaporkan Perlu Membayar Wang Tebusan Sekiranya Tidak Mahu Lukisan Skematik Sulit Dijual Ke Web Gelap

Diterbitkan pada Apr 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perisian tebusan REvil telah menjadikan beberapa syarikat besar manga mereka. Mac lalu Acer dilaporkan perlu membayar RM205 juta kepada pembangun REvil untuk menyahkunci sistem yang telah dijadikan tebusan. Pagi ini The Record melaporkan Quanta, yang merupakan kontraktor kepada Apple pula menjadi mangsa seterusnya.

REvil berjaya mengakses lukisan kejuruteraan dan skematik sulit yang digunakan untuk menghasilkan produk seperti Apple Watch dan MacBook. Mereka dipercayai meminta wang tebusan $50 juta (~RM440 juta) dari Quanta sementara yang diminta dari Apple masih belum diketahui. Untuk membuktikan mereka mempunyai akses kepada data sebenar, lukisan skematik untuk MacBook Pro dan MacBook Air telahpun ditiriskan ke web gelap.

REVIL godam Apple
imej – The Record

Selain Apple, Quantu turut menjadi kontraktor kepada HP, Dell, Microsoft, Toshiba, LG, Lenovo, Sony, Fujitsu, Toshiba dan banyak lagi. REvil memberikan petunjuk skematik sulit untuk produk selain Apple turut berjaya diakses oleh mereka.

Kedua-dua syarikat perlu membayar wang tebusan sebelum 1 Mei 2021 sekiranya tidak mahu data rahsia dan maklumat peribadi sebesar beberapa gigabyte dijual ke web gelap. Apple telah mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka sedang menyiasat insiden ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami