Cari @ Amanz

Apple iMac 24″ dilancarkan pagi ini dengan rekaan serba baharu yang bukan sahaja lebih kompak tetapi penawaran warna lebih ceria seperti iMac G3 yang dilancarkan lebih dua dekad yang lalu. Selain menggunakan cip M1 yang lebih berkuasa, Magic Keyboard baharu dengan Touch ID terbina turut ditawarkan.

Tetapi menurut ciapan wartawan Rene Richie, pengimbas cap jari Touch ID pada papan kekunci baharu ini hanya boleh digunakan pada peranti yang dilengkapi cip Apple M1 sahaja. Pada Mac dengan cip Intel atau peranti lain, ia sekadar berfungsi sebagai papan kekunci bluetooth biasa. Ini adalah kerana sistem Touch ID pada papan kekunci ini memerlukan sambungan kepada sistem keselamatan Secure Enclave terbina dalam M1 bagi mengesahkan identiti.

Jadi kepada pemilik Mac dengan cip Intel, impian untuk menggunakan Touch ID pada komputer milik anda perlu disimpan selagi anda tidak menaiktaraf ke model dengan M1.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd