AirTag Turut Boleh Dijejak Dengan Peranti Android Melalui NFC

AirTag Turut Boleh Dijejak Dengan Peranti Android Melalui NFC

Diterbitkan pada Apr 21, 2021 oleh .

AirTag akhirnya dilancarkan selepas sekian lama informasi produk ini tertiris. Ia adalah penjejak objek yang kini merupakan pesaing kepada Tiles atau Samsung Galaxy SmartTag. AirTag adalah produk khas untuk ekosistem Apple dan ia menggunakan cip U1 untuk sokongan UWB dan juga integrasi mendalam Find My.

Harga jualan adalah RM149 sahaja di Malaysia. Walaupun ia adalah aksesori untuk ekosistem Apple, Apple turut ingin memudahkan pengguna menjejak AirTag atau barangan hilang yang ada AirTag dengan menggunakan peranti Android. Peranti Android yang boleh digunakan adalah yang mempunyai sokongan NFC dan untuk mencari AirTag ini, akan ada bunyi dikeluarkan. Sentuh peranti ke objek/AirTag, akan ada notifikasi Lost Mode terpapar.


Paling Popular