Oppo Enco Buds Hadir Dengan Pembatalan Hingar Aktif, Bateri Sehingga 24 Jam

Diterbitkan pada Apr 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo Enco Buds telah tersenarai di laman Oppo Thailand dan ia merupakan model kemas kini kepada Oppo Enco X yang sebelum ini. Dari segi rekaan, fon telinga TWS ini mempunyai reka bentuk yang sama seperti Oppo Enco W11 iaitu berbentuk bulat bersama rekaan putik telinga sejenis dalam telinga.

Fon telinga ini dilengkapi pemandu audio sebesar 8mm, selain hadir dengan penarafan rintangan air IP54. Ia turut menyokong pembatalan hingar aktif, Bluetooth 5.2, kawalan sentuhan dan menyokong codec AAC/SBC. Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan mampu beroperasi sehingga 6 jam dan sehingga 24 jam dengan bantuan pod pengecasnya.

Difahamkan, pengguna juga boleh mengawal sejumlah tetapan termasuk mainan audio pada peranti menerusi sistem sesentuh. Oppo Enco Buds ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu White dan Blue.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami