Carian
TicWatch Pro 3 Menerima Kemaskini Wear OS H-MR2 – Prestasi Lebih Baik Dan Tile Baharu
April 22, 2021 Fahim Zahar

TicWatch Pro 3 GPS adalah jam tangan pintar Wear OS terbaik yang pernah kami gunakan. Ini kerana, ia adalah satu-satunya jam Wear OS yang dijana cip Snapdragon Wear 4100 dan Mobvoi cukup terkenal dengan pengedaran kemaskini pantas selepas Fossil. Melalui kepakaran Mobvoi dalam pengoptimasian perisian dan Google yang mula membenarkan modifikasi pengeluar untuk Wear OS – TicWatch Pro 3 menjadi lebih berkuasa.

Ia jauh lebih pantas kerana ada pelancar tersendiri, banyak perkhidmatan Google yang memakan memori dibuang dan penggunaan fokus kepada apa yang TicWatch tawarkan. Terkini, kemaskini perisian PMRB.210407.001 mula diedarkan. Ia adalah berasaskan H-MR2 yang Google perkenalkan baru-baru ini.

Berikut adalah senarai log perubahan;

  • Tambahan Ciri/Fungsi
    • New screen brightness layout
    • New Weather tile
    • New theater mode
    • Support regular enter and exit the essential mode
  • Penambahbai-kan
    • Bar aras suara media dan nada dering kini selari dan tidak lagi out of sync
    • Pengisihan aplikasi pada pelancar kini lebih baik
    • Tatalan pada pelancar lebih lancar
    • Pengesanan jam tidak dipakai kini lebih tepat
    • Pengoptimasian prestasi untuk Snapdragon Wear 4100
    • Suis “OK Google”dipindahkan ke tetapan Google Assistant
    • Animasi jam dimatikan kini lebih baik
    • Tampalan sekuriti Mac 2021
  • Pepijat Yang Dibaiki
    • Tiada lagi Auto-DND yang kadangkala tidak aktif
    • Isu mengunci skrin ketika pengecasan dibaiki
    • Aplikasi panggilan telefon yang hilang di pelancar tidak lagi berlaku
    • Beberapa pepijat kecil dibaiki

Kemaskini ini diedarkan secara berperingkat. 50% pengguna sudah mula menerimanya sejak 19-20 April. Baki 50% akan terima pada 23 dan 24 April.

Komen