Oppo K9 Akan Dilancarkan Di China Pada Pada 6 Mei – Seiring Dengan Oppo Enco Air

Oppo K9 Akan Dilancarkan Di China Pada Pada 6 Mei – Seiring Dengan Oppo Enco Air

Diterbitkan pada Apr 22, 2021 oleh .

Oppo kini dalam persediaan untuk pengenalan peranti baharu lagi di bawah siri K mereka. Dikenali sebagai Oppo K9, ia merupakan kesinambungan daripada Oppo K7 yang diumumkan pada tahun lalu. Memetik poster acah dikongsi, acara pelancarannya dijadualkan berlangsung bulan hadapan – iaitu 6 Mei 2021.

Menjelang pelancaran rasmi, peranti pintar ini didapati telah mula disenaraikan di kedai atas talian di China, JD.Com dan TMall. Ia menunjukkan peranti pintar ini kelak akan mempunyai pilihan memori 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bukan itu sahaja, ia juga akan dilengkapi paparan hadapan jenis berlubang dan sistem tri-kamera utama. Tidak ketinggalan, bateri pada Oppo K9 ini juga kelak menyokong pengecasan pantas 65W.

Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai peranti pintar ini. Namun mengikut spekulasi awal, ia mungkin menggunakan skrin bersaiz 6.43-inci AMOLED FHD+, pengimbas cap jari pada skrin, sensor utama 64-Megapixel, kamera swafoto 32-Megapixel dan dijana oleh cip Snapdragon 768G.

Dalam perkembangan berbeza, Oppo juga dijangka hadir dengan penawaran aksesori audio baharu seiring dengan pengenalan Oppo K9 kelak. Dikenali sebagai Oppo Enco Air, ia dipercayai hadir dengan rekaan fon telinga bertangkai dan pod pengecas yang berbentuk bujur. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab ketika acara pelancaran rasmi kelak. 


Paling Popular