Digi kini telah mula mengacah promosi dan diskaun khas yang bakal ditawarkan untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat.
Digi mengatakan mereka akan berkongsi lanjut berkenaan penawaran ini pada 5 Mei 2021 kelak.
Seperti ramai sedia maklum, kerajaan sedia memaklumkan yang mana mereka akan menawarkan subsidi pembelian telefon atau bil telekomunikasi sebanyak RM180 untuk penerima BPR. Digi nampaknya mengambil langkah awal, dan meminta pengguna mereka mendaftar dibawah mereka seawal mungkin.
Selari dengannya juga, bagi yang mendaftar minat sebelum 5 Mei 2021 ini, anda akan diberikan dengan kredit RM5.
Bagi anda yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat, dan juga pengguna Digi, boleh menghantar mesej BSH ke 28282 sebelum 5 Mei 2021 untuk menerima kredit internet percuma RM5 atau rebat bil RM5.
- Info
- Layari : Digi BPR