Cari @ Amanz

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan akan mmenawarkan subsidi pembelian telefon atau bil telekomunikasi sebanyak RM180 untuk semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Inisiatif yang diumumkan pada Belanjawan 2021 ini, telah ditambah-baik baru-baru ini, dan kini dilihat bakal dilaksanakan pada 5 Mei 2021.

Perkara ini dilihat daripada promosi yang telah mula dilakukan oleh Digi kepada para pelanggan mereka.

Selain subsidi sebanyak RM180, kerajaan juga turut telah mengumumkan yang mana khusus untuk isi rumah dengan anak bersekolah, subsidi berkenaan akan ditingkatkan kepada RM300. Subsidi ini adalah khusus untuk pembelian telefon pintar atau peranti baharu.

Bagi anda yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat, boleh nantikan tarikh 5 Mei 2021 ini untuk mengetahui lanjut berkenaan program subsidi kerajaan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd