Carian
Susunan Lensa Kamera iPhone 13 Mini Mungkin Akan Menimbulkan Keresahan
April 23, 2021 Effi Saharudin

Tinggal kurang enam bulan sahaja lagi sebelum iPhone 13 (jika mereka menggunakan nama ini) akan dilancarkan. Setiap tahun pelbagai spekulasi mengenai ciri, spesifikasi, rekaan dan penambahbaikan akan dibincangkan terutamanya di ruangan komen. Hari ini peranti yang didakwa ialah prototaip iPOhone 13 Mini tertiris dan kami yakin akan menimbulkan keresahan di kalangan peminat.

Ia mengesahkan lensa kamera kini disusun secara menyilang dan bukan lagi menegak seperti model-model terdahulu. Kedudukan flash masih lagi sama degan saiz lensa yang nampaknya dikekalkan. Perubahan rekaan lensa kamera ini mungkin bagi menggunakan ruang yang lebih baik pada bonggol.

Tahun lalu iPhone dengan dwi-kamera kelihatan aneh kerana terdapatnya ruang kosong yang agak besar pada bonggol. Kami mungkin terdiri daripada golongan yang menyukai rekaan semula ini tetapi berdasarkan reaksi di laman lain, ramai juga yang merasakan ia kelihatan buruk. Ia mirip susunan lensa seakan kilat yang dipatenkan Xiaomi hanya beberapa hari yang lalu. Bagaimana pula dengan anda?

Komen