Kini Anda Boleh Semak Akaun Shopback Anda Terkesan Dengan Godaman Baru-Baru Ini Atau Tidak

Kini Anda Boleh Semak Akaun Shopback Anda Terkesan Dengan Godaman Baru-Baru Ini Atau Tidak

Diterbitkan pada Apr 25, 2021 oleh .

Pada September 2020 yang lepas, pihak Shopback telah mengesahkan yang mana perkhidmatan mereka telah diceroboh pihak ketiga, dan membuatkan sejumlah data pengguna terkesan dan diakses pihak ketiga.

Ketika itu, Shopback telah mengatakan data pengguna yang terkesan adalah termasuk nama, jantina, tarikh lahir, nombor akaun bank, dan juga informasi untuk dihubungi. Selari dengannya, Shopback telah mengambil langkah menguatkan sekuritii, termasuk menetapkan semula kata laluan pengguna, dan memberikan peringatan kepada pengguna.

Lanjutan daripadanya, kini laman Have I Been Pwned telah menambah data ketirisan Shopback pada perkhidmatan mereka, sekaligus membolehkan pengguna menyemak sama ada akaun anda terkesan atau tidak.

Pengguna boleh melakukan semakan kasar dengan memasukkan alamat emel, dan ia akan menyenaraikan senarai akaun digital anda yang terkesan – termasuk data Shopback.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemaknya melalui laman Have I Been Pwned hari ini.


Paling Popular