Caltex Turut Memperkenalkan Aplikasi Mengisi Minyak Secara Nirtunai

Diterbitkan pada Apr 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pandemik memecut proses adaptasi ke sistem nirtunai di kesemua sektor. Kini membeli pisang goreng sekalipun boleh dilakukan dengan hanya mengimbas kod QR yang tertera di kedai. Tetapi dari segi pembelian minyak pula, sistem yang digunakan syarikat petroliam majoritinya masih ketinggalan. Selepas PETRONAS memperkenalkan Setel tiga tahun lalu, kini tiba giliran Caltex pula dengan CaltexGO.

Menerusi aplikasi ini pengguna tidak perlu pergi ke kaunter untuk membeli minyak akan mengeluar kad fizikal. Pembelian minyak adalah semudah memilih lokasi, memasukkan nombor pam, jumlah minyak yang ingin dibeli dan menekan butang pembelian. Selepas pembelian dilakukan, pengguna CaltexGO turut boleh mengumpul mata kesetiaan yang kemudiannya boleh digunakan untuk menebus pelbagai produk.

Pada waktu ini CaltexGo ditawarkan kepada pengguna di Singapura, Malaysia dan Thailand sahaja kepada pengguna peranti Android dan iOS.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami