Carian
Redmi K40 Game Enhanced Edition Sah Menggunakan Bateri Sebesar 5065mAh
April 26, 2021 Amy Maizuraa

Kalau anda masih ingat, Xiaomi pernah dilaporkan hadir dengan paten peranti bersama bonggol kamera berbentuk kilat atau petir. Namun nampaknya, peranti Redmi yang berbuat demikian terlebih dahulu. Cuma bukanlah pada bonggol kamera peranti tetapi LED Flash yang berbentuk kilat dinamakan sebagai Thunderbolt Alien Flash.

https://www.youtube.com/watch?v=Trond6hHji0&t=14s

Menariknya mengenai LED Flash berbentuk sebegini, ia dikatakan mampu memberikan cahaya yang cukup baik untuk menerangi ruangan gelap ketika mengambil gambar. Hasilnya, gambar yang terhasil pada akhirnya mempunyai perincian yang hebat.

Di samping itu, kapasiti bateri untuk peranti ini juga kini telah disahkan yang mana ia menggunakan bateri 5,065mAh. Ia juga dikatakan dinaik-taraf sepenuhnya untuk pengalaman permainan yang baik dengan sokongan pengecasan pantas 67W bersama-sama dengannya. Ini merupakan sokongan pengecasan yang setanding dengan Mi 11 Ultra.

Bukan itu sahaja, Redmi K40 Game Enhanced Edition juga akan menggunakan binaan badan berasaskan kaca dan sisi daripada logam. Ia juga akan dilitupi dengan Corning Gorilla Glass 5 untuk pelindungan utama. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut akan terjawab pada pelancaran rasmi esok.

Komen