Cari @ Amanz

Google Assistant adalah pembantu digital yang baik. Ia lancar digunakan pada peranti Android, mudah untuk dikawal dan menyokong banyak platform dan produk untuk digunakan secara lebih meluas. Perkara menarik pada Google Assistant ini adalah cotinued conversation, yang mana memudahkan pengguna untuk beri arahan kepada Google Assistant. Hanya seru sekali sahaja “Ok Google” atau “Hey Google”, arahan seterusnya boleh terus diberi begitu sahaja.

Tetapi alangkah indahnya jika arahan boleh diberi tanpa perlu seru? Itulah yang Google uji secara senyap untuk kegunaan dalaman. Fungsi ini diberi nama Guacamole, yang mana adalah sebahagian daripada Voice shortcuts pada aplikasi Google. Ia membenarkan pengguna memberi arahan tanpa menyeru Google Assistant.

Walaupun fungsi ini sudah tersedia dalam aplikasi Google, ia masih tidak boleh digunakan. Malah laman web khas yang disertakan juga masih tidak berfungsi lagi. Menurut sumber, Guacamole membolehkan pengguna terus beri arahan seperti menghentikan penggera, menjawab panggilan telefon, menetapkan jam randik, atau tugasan-tugasan asas.

Google dijangka akan memperkenalkan fungsi ini pada acara Google I/O 2021 tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd