WhatsApp Sedang Menguji Ciri Mesej Menghilang Dalam Masa 24 Jam

Diterbitkan pada Apr 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lepas, WhatsApp mula menawarkan ciri mesej menghilang secara automatik seakam Telegram. Sebaik sahaja ciri ini diaktifkan dan mesej dihantar, mesej tersebut akan hilang dalam masa tujuh hari. Ciri ini boleh digunakan pada ruang sembang individu atau berkumpulan. Ia boleh diaktifkan oleh sesiapa pada sembang individu, tetapi pada sembang berkumpulan, ciri ini hanya boleh diaktifkan oleh pentadbir sahaja.

Terkini, melalui WABetaInfo – WhatsApp untuk iOS dilihat sedang menguji kemampuan mesej menghilang dalam masa 24 jam pula di samping terhad kepada tujuh hari. Pilihan 24 jam ini akan berada dalam tetapan yang sama, yang sebelum ini hanya pilihan hidup atau matikan – kini ada tiga pilihan 24 jam, 7 hari atau matikan.

Buat masa ini masih tidak pasti bila ia akan diperkenalkan kepada umum. Ciri ini dilihat sudah diuji dan berada dalam pembangunan sekitar satu bulan. Jadi, mungkin kita akan lihat kehadiran ciri ini tidak lama lagi.

Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami