(Ura-Ura) Pengeluar Peranti Sudah Mula Menguji Cip Snapdragon 888 Pro – Mungkin Terhad Di China Sahaja

(Ura-Ura) Pengeluar Peranti Sudah Mula Menguji Cip Snapdragon 888 Pro – Mungkin Terhad Di China Sahaja

Diterbitkan pada Apr 26, 2021 oleh .

Antara spekulasi kenapa kita masih tidak mendengar khabar mengenai cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 888+ adalah, Snapdragon 888 sudah cukup berkuasa. Kemudian dengan masalah bekalan cip, Qualcomm hanya melewahjam cip lama seperti Snapdragon 865+ menjadi Snapdragon 870. Tetapi, kelak ini semua akan berubah – mungkin seawal bulan Julai 2021.

Peniris daripada China yang terkenal, Digital Chat Station mendakwa yang pengeluar peranti sudah pun mempunyai akses kepada cip pemprosesan Qualcomm Snapdrago 888 Pro. Pengeluar yang menerima akses ini dikatakan sedang menguji kemampuan cip ini. Peranti dengan cip ini dikatakan akan dilancarkan sekitar suku ketiga 2021, Julai-September kelak dan akan memfokuskan kepada pasaran China terlebih dahulu.

Cip yang didakwa Snapdragon 888 Pro (mungkin bukan nama akhir) ini akan mempunyai spesifikasi lebih kurang sama dengan Snapdragon 888 biasa. Tetapi teras utama adalah ARM Cortex-X1 yang mana ARM membenarkan sendiri pengeluar peranti menghasilkan cip kustom tersendiri. Prestasi CPU dikatakan akan dilewahjam, tetapi GPU mungkin akan kekal kerana sudah cukup berkuasa. Cip Cortex-X1 ini dikatakan sesuai digunakan untuk menjana kuasa memproses yang tinggi untuk tempoh yang pendek.

Sama-sama kita nantikan untuk lihat peranti apa yang akan dijana dengan cip ini.


Paling Popular