Cari @ Amanz

Bermula hari ini, pengguna Facebook kini boleh strim  dan mendengar lagu serta audio daripada Spotify tanpa perlu meninggalkan aplikasi Facebook. Ciri ini dijayakan melalui pengenalan sebuah pemain mini dalam aplikasi Facebook untuk Android dan iOS, sekaligus memudahkan anda memainkan dan mengawal lagu dari Spotify.

Ciri ini turut diperkenalkan untuk pengguna Malaysia bermula hari ini. Pengguna boleh mengaktifkan ciri ini dengan menekan pada butang “Play” pada sebarang kandungan lagu yang dikongsikan.

Seterusnya, anda akan diperlihatkan untuk menghubungkan aplikasi – dan meminta anda untuk log masuk. Sebaik sahaja selesai, pelbagai kandungan akan dapat dimainkan terus melalui pemain mini dalam aplikasi Facebook sendiri.

Selain integrasi ini, Facebook juga dijangka memperkenalkan sejumlah ciri-ciri baru berkaitan audio tidak lama lagi pada platform sosial berkenaan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd