Cari @ Amanz

Nokia 2.4 dilancarkan di Malaysia pada harga RM499 dan HMD Global menjanjikan kemas kini sistem operasi selama 2 tahun pada peranti ini – termasuklah Android 11 dan Android 12. Janji ditetapi dan kemaskini untuk Android 11 kini mula diedarkan pada peranti ini.

Pengumuman ini dikongsi oleh pihak Nokia menerusi hantaran di Twitter. Kemaskini ini bagaimanapun akan diedarkan secara berperingkat dan bukan semua pengguna akan menerimanya secara serentak. Melalui kemas kini Android 11, ia membawakan sejumlah ciri baharu menarik yang memfokuskan kepada kemudahan untuk pengurusan pelbagai perbualan, peranti berhubung, mengawal privasi dan sebagainya.

Malaluinya juga, ciri Bubbles akan memudahkan pengguna kekal berkomunikasi meskipun ketika menggunakan sebarang aplikasi lain. Seterusnya, ia turut memberikan lebih kawalan untuk notifikasi dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd