Cari @ Amanz

Kemaskini iOS 14.5 dan iPadOS 14.5 telah diberikan semalam yang mengaktifkan mod yang menghalang data pengguna dijejak bagi tujuan pengiklanan. Pengenalan sistem ini menurut Apple adalah bagi memastikan privasi pengguna produk mereka terjaga seperti yang diiklankan selama ini. Bagi memastikan pembangun aplikasi mematuhi arahan terkini ini, Apple telah mengeluarkan garis panduan baharu kepada pembangun tentang jenis paparan yang boleh ditunjukkan pada skrin untuk meminta akses kepada data yang ingin dijejak.

Skrin seperti di atas adalah dibenarkan kerana memberikan gambaran jelas mengapa akses diperlukan dan apakah kelebihan yang dapat dinikmati jika ia diaktifkan. Kesemuanya perlu diterangkan dengan jelas pada skrin. Yang tidak dibenarkan pula adalah seperti skrin di bawah.

Apple mengharamkan pembangun memberikan ganjaran dalam bentuk wang/kredit jika membenarkan aktiviti mereka dijejak. Layar yang dengan jelas meminta pengguna membenarkan akses dengan meletakkan anak panah atau bulatan pada perkataan “allow” misalnya turut tidak dibenarkan sama sekali. Pembangun juga dilarang untuk menyebabkan aplikasi langsung tidak berfungsi jika kebenaran yang diminta tidak diberi. Aplikasi yang didapati melanggar garis panduan baharu akan dibuang dari App Store.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd