Spotify Kini Mempunyai 356 Juta Pengguna Bulanan Dan 158 Juta Pengguna Premium

Spotify Kini Mempunyai 356 Juta Pengguna Bulanan Dan 158 Juta Pengguna Premium

Diterbitkan pada Apr 28, 2021 oleh .

Spotify mengukuhkan kedudukan mereka sebagai platform penstrimam muzik nombor satu dunia kerana kini mereka mempunyai 158 juta pengguna Premium dan 356 juta pengguna aktif bulanan. Angka terkini ini diumumkan dalam laporan kewangan terkini yang telah diterbitkan hari ini.

Jumlah pengguna Premium meningkat 21% dari 130 juta pada suku pertama 2020 sementara pengguna aktif bulanan meningkat 24% dari 286 juta pada suku pertama 2020. Peningkatan dijana oleh pandemik dan penawaran podcast yang semakin meningkat sejak setahun lalu.

Jadi tidak mengejutkan hari ini pelan khusus untuk podcast mula ditawarkan oleh Spotify. Harga langganan pakej tertentu juga telah dinaikkan di Eropah, UK dan Malaysia awal tahun ini. Penawaran produk fizikal juga telah dimulakan dengan pemain muzik kendiri Car Thing beberapa minggu lalu.


Paling Popular