Muzium 108MP Realme Dibuka Kepada Umum – Turut Tawar Lawatan Secara Maya

Muzium 108MP Realme Dibuka Kepada Umum – Turut Tawar Lawatan Secara Maya

Diterbitkan pada Apr 29, 2021 oleh .

Realme yang turut dikenali sebagai antara jenama ideal untuk anak muda kini tampil dengan sesuatu yang istimewa buat peminat setia. Selepas Realme Design Studio diperkenalkan, terbaharu mereka telah melancarkan muzium 108MP pula.

Muzium ini membawa pengunjung merasai dan melihat sendiri hasil-hasil gambar yang dirakam menggunakan telefon pintar pertama mereka yang dilengkapi dengan kamera 108MP – iaitu Realme 8 Pro. Terdapat sehingga 28 gambar menarik yang dipaparkan dengan resolusi 108MP dan setiap satu daripadanya mempunyai mesej yang tersendiri. Untuk pengetahuan anda juga, kesemuanya diambil oleh beberapa jurukamera tempatan menggunakan kamera pada Realme 8 Pro itu sendiri.

Bertempat di Lot : 58370 , Jalan Sungai Penchala , Kampung Sungai Penchala, 60000, Kuala Lumpur, muzium ini dibuka pada setiap hujung minggu mulai dari jam 10 pagi sehingga 9 malam. Bagi yang berminat, anda boleh berkunjung ke sana untuk berpeluang melihat semua hasil karya ini dengan lebih dekat.

Di samping itu, Realme turut menawarkan lawatan ke muzium ini secara maya bagi pihak yang tidak mahu meninggalkan kediaman mereka. Lebih menariknya lagi, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruhan hingga RM100,000 yang terdiri dengan telefon pintar, televisyen pintar, produk AIOT dan baucar tunai menarik. Bagi yang berminat, anda boleh menikmai sesi lawatan anda menerusi pautan di bawah.

Imbas kembali, Realme juga sebelum ini telah melancarkan Realme Design Studio sekitar bulan Ogos tahun lalu. Menggabungkan elemen teknologi dan karya kreatif, ia merupakan studio pertama Realme di Malaysia. Studio ini juga merupakan hasil kerjasama Realme dengan sejumlah pereka terkenal seperti Narato Fukusawa dan Jose Levy dalam menghasilkan produk yang relevan mengikut trend semasa.

Pautan Lawatan Secara Maya : Muzium 108MP Realme


Paling Popular