Cari @ Amanz

Sebut mengenai televisyen, semestinya Samsung berada dalam setiap benak fikiran pengguna. Ia tidak dinafikan lagi kerana Samsung merupakan jenama pertama dalam dunia televisyen selama 15 tahun berturut-turut dan pada tahun ini, mereka hadir dengan beberapa pilihan televisyen yang mungkin boleh memberikan dilema kepada pengguna, yang mana bersesuaian untuk mereka.

Dilema pemilihan ini merupakan satu dilema yang bagus kerana, ia juga membuktikan perubahan teknologi masakini yang semakin kehadapan. Televisyen yang pada dahulunya hanya mempunyai satu fungsi, kini mempunyai pelbagai fungsi termasuklah fungsi pintar, yang melengkapkan kehidupan pengguna seharian. 

Untuk tahun 2021, Samsung hadir dengan tiga jenis televisyen iaitu Neo QLED, MICRO LED dan juga televisyen yang memenuhi citarasa gaya hidup pengguna dalam kategori Lifestyle TV. Jika anda sedang mencari televisyen dan menghadapi dilema memilih televisyen yang sesuai untuk anda, ini panduan yang perlu anda baca sehingga akhir ayat ini.

Neo QLED – Televisyen Sesuai Untuk Semua Keperluan

Paparan QLED mungkin sudah tidak asing bagi anda yang mengikuti perkembangan teknologi tetapi bagi anda yang baru mendengar istilah ini, QLED merupakan singkatan kepada Quantum LED. Berbeza dengan televisyen LED yang lain,untuk Neo QLED ini ia mengggunakan partikel bersaiz nano yang dipanggil kuantum-dot yang mempunyai saiz 1 per 40 dari saiz LED biasa bagi menghasilkan warna dan kecerahan yang lebih jitu pada LED tersebut. 

Dan untuk tahun ini, paparan Samsung Neo QLED ini akan menggunakan sumber pencahayaan terbaharu bagi menghasilkan imej yang lebih baik menggunakan Micro Layer bagi menggantikan modul lens LED yang terdahulu. Ini membolehkan kawalan pencahayaan yang lebih jitu, dan penghasilan imej yang lebih besar menggunakan cip pemproses Neo Quantum yang turut membolehkan kandungan televisyen melalui proses skalanaik (upscaling) yang tidak mengurangkan kualiti gambar, walaupun paparan tersebut jauh lebih besar.

Pada kejituan yang lebih tinggi, warna hitam tampak lebih legam, pencahayaan yang lebih terang ini menghasilkan imej yang lebih realistik dalam apa jua penggunaan sekalipun baik sewaktu menonton perlawanan bolasepak, atau sewaktu memainkan permainan konsol. 

Tidak dinafikan fungsi televisyen yang pelbagai, memerlukan jenama pengilang menghasilkan teknologi yang melengkapi kebanyakan pengguna. Dunia permainan video semakin popular dan salah satu keperluan mereka adalah kadar segar semula yang tinggi, membolehkan pengalaman bermain yang pantas dan responsif, mengikut refleks pemain. 

Televisyen Samsung yang menggunakan panel Neo QLED kini menyokong resolusi 8K, serta pada kadar segar semula 120Hz. Ia satu kadar segar semula yang kini menjadi ikutan dan piawaian pada setiap permainan. Pada kelajuan 120Hz ini, segala aksi dapat dilihat dengan begitu lancar, tanpa sebarang artifak kecacatan pada imej. Sekiranya 8K bukanlah satu keperluan, terdapat pilihan panel Neo QLED yang menyokong resolusi 4K untuk pengguna.

MICRO LED – Televisyen Skala Besar Yang Tidak Mengorbankan Kejituan Imej

Acapkali apabila berkata mengenai televisyen skala besar, pengguna pastinya memikirkan mengenai LED yang bersaiz besar yang mungkin dapat dilihat dengan mata kasar yang mampu menggangu pengalaman menonton sesuatu. Perkara ini sama sekali tidak benar untuk Samsung yang menawarkan dua televisyen menggunakan teknologi MICRO LED dimana, pada televisyen yang bersaiz 99-inci dan 110 inci, penggunaan MICRO LED ini memberikan pengalaman yang sama sekali berbeza. 

Paparan skrin ini menggunakan teknologi terbaharu iaitu lampu LED swa-pencahayaan (self-lit) tidak organik dengan paparan Infinity Screen yang nipis dan hampir tidak mempunyai bingkai. Dengan rekaan sebegini, pengguna boleh meletakkan televisyen ini pada mana-mana ruang dan berasimilasi dengan keadaan dan rekaan ruang tersebut. Sekiranya pengguna memilih televisyen MICRO LED pada saiz 110-inci, ia menyokong fungsi 4Vue, yang membahagikan televisyen kepada 4 paparan berbeza membolehkan pengguna menonton pelbagai rancangan berbeza secara serentak.

Sebagai contoh situasi untuk fungsi 4Vue ini, pengguna boleh menonton empat perlawanan bola sepak secara serentak, atau menstrim tutorial sewaktu bermain permainan video. Televisyen MICRO LED ini hadir pada dua saiz, untuk pasaran tempatan.

TV Gaya Hidup – The Frame & The Premiere

Sekiranya kedua-dua televisyen diatas kurang menepati citarasa anda yang mempunyai citarasa lain dari yang lain, ini mungkin jawapan Samsung untuk anda. Tidak banyak jenama yang berani bereksperimen dan menawarkan televisyen yang hadir dengan rekaan yang sama sekali nampak bukan seperti televisyen. Samsung melakukan anjakan paradigma dengan menawarkan The Frame dan The Premiere. 

The Frame merupakan televisyen yang hadir dalam rekaan seumpama bingkai gambar. Pengguna boleh menggantungkan televisyen ini pada dinding, dan rekaannya yang nipis, tanpa sebarang bonggol membolehkan ia digantung rata, atau diletakkan pada rak pemangku gambar (easel) yang saling tak tumpah memberikan imej televisyen ini sebagai bingkai gambar karya seni teragung. Rak pemangku gambar ini dijual berasingan dan memberikan pilihan kepada anda akan gaya yang bersesuaian dengan rumah mahupun pejabat anda.

Bagi memenuhi syarat ‘bingkai gambar’, apabila televisyen ini tidak digunakan, ia akan memaparkan gambar visual karya seni dari pelukis ternama, seperti Rubens, Monet, atau gambar dari galeri seni terkemuka seperti Saatchi Arts, The Albertina, Museo del Prado dan banyak lagi justeru memberikan penggunaan televisyen ini dua-dalam-satu, iaitu televisyen dan bingkai gambar. Kesemua pilihan karya seni ini boleh diperoleh di Art Store

Jika anda seorang jurugambar mahupun pelukis, dan mahu memaparkan karya anda pada The Frame, anda boleh mengisi koleksi anda yang boleh diakses menerusi fungsi My Collection. Anda juga boleh menetapkan gambar-gambar yang telah anda rakam, atau gambar keluarga tersayang mahupun pasangan tercinta. Gambar-gambar ini boleh dipadankan dengan fungsi Mat Canvas yang boleh membuatkan karya atau gambar anda tampak lebih realistik, seolah-olah dilakarkan diatas permukaan kanvas.

Dan untuk model The Frame 2021 ini, ia hadir dengan rekaan yang lebih nipis berbanding televisyen terdahulu, sama nipis dengan kebanyakan bingkai gambar di pasaran iaitu senipis 24.9mm. 

Samsung The Frame mempunyai pelbagai saiz dari 32-inci sehinggalah 75-inci, malah ia juga hadir dengan harga yang mesra pengguna, dengan saiz paling kecil sebesar 32-inci hanyalah dijual pada harga RM 2,999.

Sekiranya anda mempunyai citarasa yang jauh berlainan, dan menginginkan pengalaman menonton wayang berbanding menonton televisyen, Samsung menawarkan The Premiere untuk tujuan ini. Tidak dinafikan dalam norma baharu ini, ramai yang mungkin rindukan panggung wayang namun kita perlu mematuhi keperluan sejagat untuk kekal selamat.

Dengan Samsung The Premiere, projektor dengan tiga pancaran laser ini boleh memancarkan filem pada resolusi 4K, jauh lebih jelas berbanding di pawagam berhampiran anda. Ia hadir dalam bentuk yang kompak, tidak seperti kebiasaan projektor yang lain. Projektor yang lain kebanyakkanya hadir pada saiz yang besar, memerlukan meja khusus, menggantungnya dari siling, atau memerlukan ruangan yang sangat besar bagi memancarkan imej sehingga 90-inci.

Ini jauh berbeza dengan The Premiere yang sangat kompak, namun boleh memancarkan imej yang besar, sehingga 130-inci. Anda hanya perlu meletakkan The Premiere ini sejauh 8-inci atau lebih dari dinding yang mempunyai satu warna sahaja, dan menikmati filem kegemaran anda di rumah sendiri.

Jika dilihat dari kelas ‘Short-Throw’, atau perletakkan The Premiere yang dekat pada permukaan dinding, jelas sekali projektor ini tidak memerlukan ruang yang besar, atau rak khusus, untuk membolehkan ia beroperasi. Malah ia hadir dalam kemasan dengan permukaan tekstil Kvadrat yang biasanya digunakan pada perabot berkualiti tinggi, menambahkan gaya dan identiti apa sahaja ruang di rumah anda. Terdapat dua variasi untuk The Premiere dan pada harga yang ditawarkan ini, boleh dikatakan ia satu penawaran yang menarik.


Dengan sedikit panduan ringkas ini, diharap anda dapat memilih televisyen yang terbaik bukan sekadar untuk menghiasi rumah di musim perayaan, akan tetapi sangatlah berguna untuk apa jua yang anda perlukan, disamping memenuhi citarasa anda. Untuk segalanya berkenaan televisyen Samsung, anda juga boleh melayari laman rasmi Samsung Malaysia.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd