Redmi K40 Game Enhanced Edition adalah peranti memfokuskan permua pertama daripada Redmi. Ia baru sahaja dilancarkan beberapa hari lepas dan dilihat menerima sambutan yang agak baik. Dengan harga bermula sekitar RM 1389, peranti dengan kuasa yang didakwa setaraf Snapdragon 870 boleh dikatakan adalah pembunuh peranti gaming. Ia lebih murah daripada Black Shark 4 dengan spesifikasi yang lebih kurang sama.

Peranti ini dikhabarkan akan dijenamakan semula untuk pasaran global dan India sebagai sebuah peranti Poco dalam siri F3. Terkini, terdapat butiran tertiris menyatakan nama peranti ini adalah Poco F3 GT dan akan terhad di India terlebih dahulu. Poco yang terkenal dengan warna kuning, pasti menarik untuk lihat edisi Bruce Lee digunakan. Tetapi untuk elak isu lesen, boleh sahaja guna warna sama tanpa nama Bruce Lee.

Redmi K40 GE ini hadir dengan skrin FHD+ 6.67-inci yang menyokong 120Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 1200, memori sehingga 12/256 GB, bateri 5065mAh dan pengecasan pantas 67W. Menggunakan teknologi sama Black Shark 4, peranti ini turut mempunyai butang bahu fizikal dengan mekanisme pop-naik manual. Peranti ini turut hadir dengan sistem pembesar suara JBL, sistem penyejukan lebih baik, tri-kamera 64MP, dan antara yang terawal hadir dengan MIUI 12.5.