Oppo Find X3 Pro Diberikan Potongan Harga RM300 Sempena Hari Raya

Oppo Find X3 Pro Diberikan Potongan Harga RM300 Sempena Hari Raya

Diterbitkan pada Apr 30, 2021 oleh .

Oppo Find X3 Pro ialah antara peranti yang paling menarik tahun ini kerana dilengkapi lensa kamera mikroskop. Menerusinya objek diboleh dizum sehingga 60x pada jarak dekat. Semasa dilancarkan bulan Mac lalu, ramai merasakan harga RM4299 yang ditawarkan menjadikannya kurang mampu milik.

Sempena Hari Raya Aidifitri yang akan menjelang beberapa minggu sahaja lagi, Oppo Find X3 Pro kini ditawarkan pada harga RM3999. Penawaran harga istimewa ini adalah untuk jangka masa terhad sahaja iaitu sehingga 23 Mei 2021 sahaja. Bagi mereka yang ingin memiliki Find X Pro, ini ialah waktu yang anda nantikan selama ini.


Paling Popular