Pautan Disney+ Kini Menyambungkan Pengguna Malaysia Ke Laman Web Disney+ Hotstar India

Diterbitkan pada Apr 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Indonesia dan Singapura adalah dua negara di rantau Asia Tenggara yang mempunyai akses kepada perkhidmatan penstriman video Disney, iaitu Disney+.

Butiran mengenai kehadirannya ke pasaran tempatan masih lagi menjadi satu tanda tanya, khususnya apabila sebelum ini akaun Facebook Disney+ Malaysia dilihat sebelum ia dipadamkan, dan juga berita mengenai Disney menutup kesemua rangkaian-rangkaian televisyen mereka untuk rantau Asia Tenggara.

Terkini, @RazielSama di Twitter telah memperlihatkan bahawa pautan disneyplus.com kini menyambungkan pengguna Malaysia ke laman web Disney+ Hotstar India.

Sebelum ini, pautan kepada disneyplus.com biasanya akan memperlihatkan laman web dengan borang minat yang boleh diisi oleh pengguna yang berminat untuk mengetahui bilakah perkhidmatan tersebut akan tiba di pasaran tempatan.

Kini, pautan tersebut akan melanjutkan pengguna ke laman web Hotstar Disney+ India, tetapi bahagian pautan tersebut memperlihatkan URL hotstar.com/in/my, yang boleh diinterpretasi sebagai pautan untuk pasaran Malaysia buat masa ini.

Kemaskini terbaru ini boleh juga dibaca sebagai ura-ura terbaru yang Disney+ akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan kelak, tetapi buat masa ini, tiada butiran lanjut tentang pelancaran mereka diketahui lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami