Pixel 6 Mungkin Akan Menyokong Teknologi UWB

Pixel 6 Mungkin Akan Menyokong Teknologi UWB

Diterbitkan pada Mei 1, 2021 oleh .

Samsung dan Apple kedua-duanya telah mula melancarkan penjejak objek dengan teknologi Ultra Wide Band (UWB) yang membolehkan ia dikesan dengan lebih tepat. Penggunaan teknologi ini masih lagi agak terhad kerana kurang dari 10 peranti di pasaran menyokongnya. Di Android 12, API untuk UWB telah diuji dan kini menurut ciapan Mishall Rahman Pixel 6 akan menyokongnya.

Peranti dengan kod Raven ini sedang diuji menggunakan teknologi UWB walaupun setakat ini tiada produk keluaran Google menyokongnya. Ada beberapa spekulasi yang boleh dilakukan di sini. Pertama ialah Google mungkin akan melancarkan penjejak objek mereka sendiri dan kedua ialah Pixel 6 dan Pixel 6 XL akan menyokong Samsung SmartTag+ dengan UWB.

Ini bukanlah spekulasi yang terlalu melampau kerana kedua-dua peranti akan menggunakan cip Whitechapel GS101 yang dibangunkan dengan kerjasama Samsung. Banyak perkara yang selama ini dianggap mustahil boleh berlaku contohnya Samsung menggunakan Wear OS dan Google tidak menggunakan Snapdragon.


Paling Popular