Apple Mungkin Memperkenalkan Apple Music Dengan Audio Berkualiti Tinggi Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple kini dilihat mungkin memperkenalkan penstriman audio nirhiilang, atau audio berkualiti tinggi melalui Apple Music tidak lama lagi. Spekulasi baru ini hadir berdasarkan kepada kod yang  ditemui pada iOS 14.6 Beta 1.

Sekiranya benar, maka kita akan melihat Apple memperkenalkan perkhidmatan penstriman muzik berkualiti tinggi pada harga langganan tambahan kepada pengguna mereka.

Sebelum ini, Tidal sedia terkenal dengan penawaran penstriman audio berkualiti tinggi. Selain Tidal, Spotify juga telah mengumumkan penawaran Spotify HiFi sebelum ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami