Luno kini telah mula mengacah penambahan satu lagi kriptowang pada platform mereka untuk pengguna tempatan, iaitu Bitcoin Cash.
Untuk makluman, sebelum ini pihak berkuasa telah memberikan petanda yang mana Bitcoin Cash bakal menjadi kriptowang ke-5 yang disahkan untuk pengguna tempatan. Selari dengannya, kini Luno mengacah penambahan Bitcoin Cash pada platform mereka tidak lama lagi.
Bitcoin cash telah diperkenalkan pada 2017 yang lepas, dan menyokong kapasiti rangkaian lebih besar, serta kos transaksi lebih rendah berbanding Bitcoin.
Pada hari ini, Bitcoin Cash didagangkan pada harga sekitar RM4.1k untuk 1BCH.