Disney+ Hotstar Di Malaysia Pada 1 Jun- Langganan Bermula Dari RM54.90 Untuk 3 Bulan

Diterbitkan pada Mei 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penantian rakyat Malaysia untuk menikmati perkhidmatan penstriman Disney+ berakhir dengan pengumuman secara rasmi hari ini yang juga merupakan hari Star Wars May The Fourth. Disney+ HotStar boleh dilanggan bermula 1 Jun 2021. Seperti yang dijangka Disney+ di Malaysia ditawarkan di bawah Hotstar.

Di Malaysia Disney+ Hotstar akan ditawarkan pada harga langganan bermula dari RM54.90 untuk tiga bulan. Untuk pasaran Malaysia, antara keistimewaan yang ditawarkan ialah menonton kandungan dengan pilihan audio Bahasa Malaysia yang sebelum ini boleh dinikmati menerusi saluran Disney Malaysia di Astro. Kandungan asli dari Malaysia juga ditawarkan seperti Ejen Ali, Wizard of Warna Walk dan banyak lagi.

Kandungan yang akan ditawarkan di Malaysia terdiri daripada kandungan asli Disney+ seperti The Mandalorian dan Wandavision serta beberapa pilihan kandungan-kandungan klasik dari katalog 800 filem serta ribuan episod siri TV mereka.

Perkhidmatan juga akan ditawarkan kepada pengguna Astro yang melanggan Astro Movies Pack dengan penambahan bayaran bulanan sebanyak RM5 sahaja. Astro turut mengesahkan sedang dalam usaha untuk menawarkan kandungan Disney+ Hotstar terus ke kotak TV Ultra Box dan Ulti Box menjelang penghujung 2021. Ini bermakna pelanggan Astro Movies Pack hanya boleh mengakses Disney+ Hotstar menerusi web dan aplikasi sahaja terlebih dahulu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami