J2 J Retribusi Dan WiFi Sebelah Rumah Antara Kandungan Tempatan Ditawarkan Eksklusif Di Disney+ Hotstar

Diterbitkan pada Mei 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan pelancaran Disney+ Hotstar di Malaysia bermula 1 Jun hadapan, platform penstriman ini juga telah mengumumkan kandungan filem asli eksklusif pertama tempatan iaitu J2 J Retribusi, Zombitopia dan Ada Hantu.

Selain filem-filem eksklusif buatan tempatan, Disney+ Hotstar turut akan menawarkan kandungan siri TV tempatan seperti kesemua musim Upin dan Ipin, Single Terlalu Lama dan Kekasih Hati Mr Bodyguard. Untuk dua siri TV pula, ia akan ditayangkan 15 jam lebih awal dari slot di TV3 dan TV9. Sementara itu siri Semanis Senyumanmu dan Wifi Sebelah Rumah pula menawarkan semua episod serentak pada hari yang sama.

Kandungan tempatan tidak terhad kepada siri dan filem baharu sahaja. Filem-filem seperti Tombiruo, KL Special Force, Ejen Ali The Movie, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, Munafik, Istanbul Aku Datang!, antologi Rock (Rock, Rock Oo!, Rock Bro!, and Rock 4: Rockers Never Dai), Talentime, Mukhsin, The Kid From The Big Apple 2, Vedigundu Pasangge, Evolusi KL Drift 1 & 2, KL Gangster 1 & 2, Gol & Gincu 1 & 2, Guang, Redha dan Roh juga disahkan akan dapat distrim pada hari pertama perkhidmatan dilancarkan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami