Harga Astro Movies Pack Meningkat RM5 Untuk Semua Pelanggan Walaupun Mereka Tidak Ingin Kandungan Disney+ Hotstar

Diterbitkan pada Mei 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain melanggan terus kepada Disney+ Hotstar, kandungan dari platform penstriman terkini di Malaysia ini juga boleh diakses menerusi Astro bermula 1 Jun hadapan. Bagi pelanggan pakej Astro Movies Pack, langganan bulanan akan meningkat RM5 sebulan walaupun mereka tidak ingin menonton kandungan Disney+ Hotstar.

Ini disahkan menerusi FAQ terkini yang dikongsi oleh Astro mengenai Movies Pack yang diterbitkan hari ini. Pelanggan tidak diberikan pilihan untuk mengekalkan langganan pada harga lama dan tanpa kandungan Disney. Pihak Astro telah memaklumkan kepada pelanggan mengenai kenaikan harga hari ini menerusi emel, SMS dan laman mereka sendiri. Kenaikan harga hanya melibatkan pelanggan Movies Pack sahaja pada waktu ini dengan harga langganan baru akan dibil bermula 2 Jun 2021.

Kandungan Disney+ Hotstar yang kini dilanggan boleh diakses menerusi laman web Disney+ Hotstar, aplikasi telefon pintar dan kotak penstriman. Astro sedang berusaha menawarkan kandungan Disney+ Hoststar terus ke kotak TV Ultra Box dan Ulti Box menjelang penghujung 2021.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami