Cari @ Amanz

Huawei telah mengorak langkah paling awal dengan menawarkan kereta elektrik Ceres SF5 menerusi laman mereka bulan. Kenderaan hibrid tersebut menggunakan tren kuasa Huawei DriveONE, sistem hiburan pintar Huawei HiCar dan sistem audio Huawei Sound. Mereka telah dilaporkan akan mengambil alih pegangan majoriti syarikat kenderaan Chongqing Sokon bagi mengeluarkan kereta elektrik jenama sendiri lebih awal daripada Apple, Samsung dan Xiaomi.

Kini timbul pula laporan dari laman Xiuxiushai bahawa Oppo turut akan memasuki arena kereta elektrik. Ketua pegawai eksekutif Oppo, Tony Chen dikatakan telah melakukan pertemuan dengan wakil CATL yang menghasilkan bateri untuk kenderaan elektrik dan Institut Penyelidikan Automotif China sejak dua minggu lalu untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kenderaan elektrik. Sementara Andy Wu, timbalan presiden pembangunan perisian Oppo pula telah menemuramah calon untuk membangunkan sistem swapandu.

Oppo dipercayai masih di peringkat awal memikirkan untuk memasuki arena kenderaan elektrik. Seperti Huawei dan Xiaomi, Oppo juga telah mempunyai ekosistem tersendiri dan arena kereta elektrik adalah langkah seterusnya syarikat yang selama ini menghasilkan telefon pintar edisi kereta mewah Lamborghini. Tiba masanya untuk menggunakan jenama kenderaan sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd