Cari @ Amanz

Sut terbang menjadikan impian terbang seperti Iron Man menjadi realiti. Beberapa ujian telah dilakukan untuk menggunakan sut terbang Jet Suit keluaran Gravity Industries dalam kegunaan dunia sebenar seperti menawarkan bantuan kecemasan di UK. Ini semuanya masih kegunaan awam tetapi kini penggunaannya dalam operasi ketenteraan mula difikirkan.

Pasukan Marin Diraja UK telah mula menguji sut terbang Jet Suit versi tentera. Ujian dilakukan untuk melihat sama ada ia sesuai digunakan untuk membantu pasukan menyerang kapal dengan penerbangan dilakukan dari sebuah bot getah. Anggota marin terbang ke kapal HMS Tamar dari sebuah bot getah sebelum menurunkan tangga yang kemudiannya digunakan anggota marin untuk memanjat kapal.

Kemudiannya tiga marin dengan sut terbang mendarat secara berpasukan ke dek kapal dengan pantas. Kesemua ujian telah dilakukan dengan jayanya dan kelihatan seperti wujud adiwira sebenar. Tetapi dengan sut terbang yang agak bising ini, ia mungkin tidak boleh digunakan untuk misi pasukan khas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd