Adobe menghentikan sokongan untuk Flash sejak Disember 2020. Perisian yang pernah suatu ketika dahulu menjadi enjin laman web muka digantikan dengan HTML5 kerana mempunyai pelbagai masalah keretanan sekuriti yang serius. Walaupun sokongan telah dihentikan oleh Adobe, komponen Flash masih lagi wujud di Windows 10.
Microsoft telah mengumumkan hari ini bahawa komponen-komponen Flash akan akhirnya dibuang sepenuhnya menerusi kemas kini KB4577586 Windows 10, Windows 8.1, Windows Server 2012, dan Windows Embedded 8 Standard yang akan diberikan Julai hadapan.
Sebelum ini pada Oktober 2020 pengguna Windows 10 diberikan pilihan untuk membuang Flash dari sistem secara manual sekiranya perlu. Dengan kemas kini ini pengguna tidak lagi diberikan pilihan kerana Microsoft ingin membuang perisian bermasalah ini dari mendatangkan risiko kepada komputer pengguna.