Digi Turut Menawarkan Pakej Rebat Program Jaringan Prihatin Sehingga RM300 Setahun

Diterbitkan pada Mei 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menerusi Program Jaringan Prihatin, kerajaan memberikan subsidi kredit untuk pelan telefon pintar di antara RM180 dan RM300 setahun mengikut kelayakan pemohon. Pagi tadi Maxis memperlihatkan penawaran mereka dan sebentar tadi Digi turut menunjukkan pelan yang ditawarkan.

Menerusi rebat RM180 setahun, pelan Digi NEXT 35 boleh dilanggan pada harga RM20 sebulan dengan data 30GB dan panggilan tanpa had 30 hari. Seterusnya pelan Digi Postpaid 60 pula ditawarkan pada harga RM45 dengan data 25GB dan panggilan tanpa had 30 hari.

Menerusi rebat RM300 setahun pula, pelan Prihatin 35 Prepaid Bundle menawarkan data 30GB dengan telefon Samsung Galaxy A02 percuma. Seterusnya pelan Prihatin 40 Prepaid Bundle pula ditawarkan dengan data 10GB dan pilihan pertama Galaxy A02s, Realme C11, Realme C15, Vivo Y1s, Vivo Y12D, Vivo Y20 2021, Oppo A15, Oppo A15s, Samsung Galaxy A025, Samsung Galaxy Tab A 8.0 dan Lenovo Tab M10 pada potongan harga yang menarik.

Program Jaringan Prihatin rebat 180 dibuka kepada individu bujang atau berkahwin yang tiada anak-anak bawah umur 18 tahun manakala rebat 300 pula dibuka kepada individu bujang atau berkahwin dengan anak-anak bawah umur 18 tahun. Untuk terma dan syarat lebih lengkap sila di laman rasmi Digi hari ini.

Daftar : Digi Prihatin

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami