Celcom Turut Memulakan Pendaftaran Untuk Rebat RM300 / RM180 Subsidi Telekomunikasi

Diterbitkan pada Mei 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain Maxis, kini Celcom turut telah memulakan pendaftaran untuk menerima rebat dan subsidi telekomunikasi bagi pengguna kelompok B40 yang sedia menerima Bantuan Prihatin Rakyat.

Celcom menawarkan subsidi Jaringan Prihatin ini sebanyak RM180 untuk individu, atau RM300 untuk mereka yang mempunyai anak.

Untuk pengguna prabayar, Celcom menawarkan rebat sebanyak RM15 selama 12 bulan yang ditawarkan dalam bentuk rebat kredit ketika membeli pas internet bulanan terpilih. Pengguna perlu menebus kredit RM15 melalui aplikasi Celcom Life. Celcom mengatakan pengguna hanya perlu tebus sekali, dan ia akan dikreditkan secara automatik dalam akaun masing-masing. Seterusnya, pengguna boleh melanggan pas bulanan melalui aplikasi Celcom Life.

Untuk pengguna pascabayar pula, Celcom menawarkan dua pilihan. Sama ada rebat RM300 atau RM180 untuk pembelian telefon – berdasarkan kelayakkan. Ataupun rebat RM25 sebulan selama 12 bulan, atau rebat RM15 sebulan selama 12 bulan – mengikut kelayakkan.

Celcom juga turut menyediakan penawaran internet harian percuma 2GB selama 12 bulan untuk mereka yang menebus melalui Celcom.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Celcom hari ini, dan memulakan proses semakan kelayakkan dan juga menebusnya terus.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami