Cari @ Amanz

Semalam Disney+ Hotstar akhirnya diumumkan secara rasmi di Malaysia dengan pelancarannya pada 1 Jun 2021. Laman web perkhidmatan pada waktu ini masih tidak memberikan maklumat yang terperinci mengenai perkhidmatan mereka dan menimbulkan beberapa persoalan seperti peranti yang disokong. Antara misteri yang tidak terjawab ialah sokongan pada konsol dan televisyen pintar.

Kami berjaya mendapatkan jawapannya menerusi akaun Twitter rasmi Disney+My dan jawapannya sedikit menyedihkan. Pertama sekali tiada sebarang sokongan aplikasi pada konsol-konsol utama Sony, Microsoft dan Nintendo. Adalah amat canggung kerana di Amerika Syarikat aplikasi Disney+ ditawarkan pada konsol-konsol utama kecuali Switch.

Pada televisyen pintar pula, hanya Android TV dan Apple TV akan menerima sokongan aplikasi pada waktu ini. Kandungan dari aplikasi telefon pintar Disney+ Hotstar juga boleh dipancarkan ke televisyen yang menyokong Chromecast. Seperti kami laporkan semalam, Astro dalam usaha membawakan kandungan Diseny+ Hotstar ke kotak TV Ultra dan Ulti Box menjelang penghujung 2021. Akhir sekali pelayar web yang disokong pula ialah Chrome, Safari, Edge dan Firefox sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd