Cari @ Amanz

Xiaomi akan melancarkan televisyen pintar pertama mereka di Malaysia pada 20 Mei ini. Mi TV Q1 75″ dan juga Mi TV P1 55″.

Bersama-sama dengan televisyen pintar ini, Xiaomi Malaysia turut akan melancarkan peranti-peranti lain mereka yang diperkenalkan semasa mereka melengkapkan pelancaran Mi 11 beberapa bulan lalu. Mi 11i, Redmi Note 10S dan Redmi Note 10 5G kelak boleh dibeli oleh pengguna tempatan.

Mi 11i

Skrin 6.67-inci AMOLED, 120Hz, HDR10+, dijana Snapdragon 888 dan memori 8GB RAM digabungkan dengan storan yang mencapai 256GB. Kamera adalah 108+8+5 Megapixel, 20 Megapixel swafoto, bateri 4520mAh dan pengecasan pantas 33W Pro. Pengimbas cap jari adalah di sisi, MIUI 12 versi Android 11 dijalankan dan harga bermula sekitar RM2500.

Redmi Note 10S

Skrin 6.43-inci AMOLED, 60Hz sahaja, dijana MediaTek Helio G95, kamera 64+8+2+2 Megapixel dan kamera swafoto 13 Megapixel. Memori adalah 6/8 GB RAM dan storan dalaman mencapai sehingga 128GB berasaslan LPDDR4X dan UFS 2.2. Untuk bateri, 5000mAh digunakan berserta pengecasan pantas 33W. Ia adalah seakan Redmi Note 10 biasa sahaja, tetapi penawaran MediaTek dan kamera yang sedikit berlainan. Harga jualan adalah sekitar RM1100 di Eropah, yang mana mungkin akan menjadi sekitar RM900 sahaja.

Redmi Note 10 5G

Juga lebih kurang sama, tetapi saiz skrin adalah 6.5-inci LCD dengan sokongan AdaptiveSync 90Hz. Ia dijana dengan cip MediaTek Dimensity 700, kamera 48+2+2 Megapixel dan kamera swafoto 8 Megapixel. Untuk memori, Xiaomi menawarkan pilihan RAM 4/6 GB dan dengan storan dalaman mencapai 128GB. Bateri pula adalah 5000mAh dengan pengecasan 18W sahaja. Di Eropah harga permulaan adalah sekitar RM930, yang mana mungkin akan dijual pada harga sekitar bawah RM800.


Pelancaran rasmi adalah pada 20 Mei kelak, iaitu selepas Raya. Jika anda masih belum membeli peranti baharu, dan baru mengumpul duit Raya untuk membeli peranti – ini adalah peluang anda. Mi 11 Ultra tiada stok, Mi 11 agak mahal? Mi 11i adalah untuk anda. Manakala kedua-dua Redmi Note 10S dan 5G adalah alternatif untuk anda sendiri, atau pasangan. Jika ada rezeki boleh juga belikan untuk kedua ibu bapa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd