Cari @ Amanz

Selepas WhatsApp mengumumkan pada awal minggu ini, kini Twitter turut melakukan perkara sama pada platform mereka, dimana kini Twitter akan mula memaparkan gambar pada saiz yang lebih besar di aplikasi Android dan iOS.

Ini sekaligus akan memudahkan anda mengetahui apakah yang anda sedang lihat, tanpa sesuatu gambar terpotong dan perlu membukanya terlebih dahulu.

Dengan perubahan ini juga, ia akan mengatasi pelbagai kejutan dan “prank” yang dilakukan oleh sesetengah pengguna yang memerlukan gambar dibuka terlebih dahulu untuk mengetahui keseluruhan perkara yang ingin disampaikan.

Perubahan baru pada Twitter ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna aplikasi Twitter di Android dan iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd