Carian
Rekaan Asus Zenfone 8 Dan Zenfone 8 Flip Tertiris Sepenuhnya
May 6, 2021 Effi Saharudin

Asus Zenfone 8 akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Mei ini dengan pelbagai maklumat mengenai peranti telah disahkan sendiri oleh pihak Asus. Yang menjadi misteri adalah rekaannya sahaja dengan imej yang tertiris sekadar menunjukkan sebahagian peranti. Tetapi kini ia tidak lagi misteri selepas rekaan serta spesifikasi peranti Asus Zenfone 8 Flip dan Asus Zenfone 8 dari pelbagai sudut tertiris menerusi laman 91 Mobiles.

Zenfone 8 Flip mengekalkan rekaan kamera berputar yang membolehkan kamera utama digunakan sebagai kamera swafoto. Tri-kamera utama dengan saiz lensa sekata dapat dilihat. Dengan rekaan ini skrin yang tiada cela takuk atau lubang skrin dapat digunakan. Butang kuasa serta laras suara dapat dilihat pada sisi kiri.

Peranti ini akan menjadi sebuah lagi peranti mercu dari Asus dengan cip Snapdragon 888 selepas ROG Phone 5. Ia akan menggunakan skrin 6.67″ OLED 120Hz, memori 8GB, storan 256GB, kamera 64+12+8, bateri 5000 mAh dengan pengecasan 30W dan kemampuan kalis air IP68.

Asus Zenfone 8 pula mempunyai rekaan lebih konvensional tanpa kamera berputar. Skrin 5.92″ OLED FHD dipadankan dengan cip Snapdragon 888, memori sebesar 8GB, storan sebesar 128GB, dwi-kamera utama 64+12 MP, dan bateri 4000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W. Terdapat

Komen