The Division Versi Percuma Dan Permua Akan Dilancarkan

Diterbitkan pada Mei 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peranti pintar ialah platform permainan video paling popular sekarang kerana hampir semua orang mempunyai dan boleh dimainkan dimana-mana sahaja. Bagi pembangun, pendapatan yang dijana dari permua juga menjadi tarikan ditambah lagi dengan kos membangunkan aplikasi lebih rendah berbanding konsol dan PC.

Terkini Ubisoft mengumumkan The Division Heartland, permainan pertama dari siri Tom Clancy’s The Division yang akan ditawarkan secara percuma. Ia dilihat sebagai usaha Ubiisoft untuk menghasilkan siri popular percuma seperti COD: Warzone dan Apex Legends yang telah berjaya menjana pendapatan berbilion Dollar kepada pembangunan masing-masing.

Turut diumumkan ialah The Division Mobile – versi permua yang akan turut menjadi yang pertama dari siri ini. Sekali lagi model perniagaan Pokemon GO!, Genshin Impact dan COD:Mobile akan digunapakai oleh Ubisoft. Permua boleh dimainkan secara percuma dengan pendapatan dijana menerusi kulit edisi khas untuk watak, senjata dan pelbagai penaiktarafan pantas menggunakan wang sebenar.

Strategi baharu ini juga dilihat ingin mengambil kesempatan dar filem The Division yang ditayangkan di Netflix tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami