Starbucks Mungkin Meninggalkan Facebook Kerana Isu Komen Negatif Melampau

Diterbitkan pada Mei 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Antara pekerjaan yang dianggap mudah tetapi sebenarnya memerlukan kekuatan mental yang tinggi ialah menjadi pengurus media sosial untuk jenama terkemuka. Kesilapan yang kecil akan mendapat laporan media yang besar dan tugas yang baik tidak didendang kerana ramai menganggap sesiapa sahaja boleh melakukannya. Di Facebook misalnya, tugas menapis komen negatif ialah seperti menghalang empangan dari bocor menggunakan jari.

Buzzfeed News melaporkan kerana masalah komen-komen jelek ini, Facebook sedang memikirkan untuk memadam akaun mereka di platform media sosial terbesar dunia. Starbucks merasakan sistem menghalang komen berunsur kebencian dan negatif yang digunakan oleh Facebook tidak mampu menghalang dari ia dipaparkan di laman milik mereka.

Antara insiden yang berlaku ialah komen berbentuk perkauman ditinggalkan pengguna apabila Starbucks menyokong pergerakan seperti BLM, LBGTQ dan menimbulkan kesedaran mengenai perubahan iklim. Pihak Starbucks belum mengeluarkan komen menafikan laporan Buzzfeed ini tetapi Facebook menegaskan pihak mereka sentiasa bekerjasama dengan jenama untuk memastikan komen berunsur negatif dapat ditapis dengan lebih baik.

Isu kandungan dan komen berbentuk kebencian bukanlah isu baru tetapi telah menghantui Facebook sejak dari awal lagi. Sebelum ini Starbucks dan Coca Cola menghentikan pengiklanan di Facebook selama sebulan sebagai bantahan kepada kandungan berunsur kebencian di platform. Kemudian langkah mereka turut diikuti oleh 400 lagi syarikat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami