Sekitar 88% Pengguna iPhone Menghalang Penjejakan Iklan Selepas Kemaskini iOS 14.5

Diterbitkan pada Mei 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kemas kini iOS 14.5 diberikan kepada pengguna iPhone hampir minggu lalu dengan ciri yang menghalang penjejakan aktiviti pengguna bagi tujuan pengiklanan. Facebook antara yang paling lantang bersuara sehingga mengatakan langkah Apple ini akan menyebabkan kerugian kepada syarikat kecil yang menggunakan platform mereka.

Menurut data yang dikumpul oleh Flurry Analytics, setakat ini 88% pengguna iPhone di peringkat global telah memilih untuk menghalang semua bentuk penjejakan iklan selepas peranti dikemaskini ke iOS 14.5. Jumlah ini adalah lebih rendah berbanding hanya 96% di Amerika Syarikat.

Adakah ini kerana pengguna global tidak begitu cakna bagaimana data mereka dijual bagi tujuan pengiklanan atau sudah terbiasa memberikan akses kepada aplikasi yang digunakan sebagai bayaran untuk perkhidmatan “percuma”.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami