Carian
Oppo Reno6 Pro Dengan Cip Snapdragon 870 Melepasi SIRIM
May 8, 2021 Effi Saharudin

Oppo Reno6 Pro ialah peranti yang masih belum dilancarkan secara rasmi apatah lagi kewujudannya diacah oleh Oppo. Namun begitu ia telahpun melepasi laman SIRIM semalam yang bukan sahaja mengesahkan ia adalah peranti sebenar dan akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat.

Peranti ini dipercayai akan menggunakan dilengkapi skrin 6.55″ AMOLED 90HZ, dijana Cip Snapdragon 870, kamera utama 64MP, kamera swafoto 32MP, dan bateri 4500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W. Spesifikasinya hampir sama dengan Reno5 Pro yang dilengkapi cip DImensity 1000+ yang dilancarkan di Malaysia awal tahun ini.

.

Komen